Diberdayakan oleh Blogger.
Melayani pemesanan seluruh wilayah Indonesia | hubungi 085696260003
Antioksidan merupakan sejenis molekul yang membantu melindungi sel dari RADIKAL BEBAS. Radikal bebas terhasil daripada proses oksidasi sel, yang menyebab penghasilan molekul-molekul yang tidak stabil. Molekul ini akan sentiasa mencari kestabilan dengan merampas elektron daripada sel-sel lain menyebabkan kerosakan sel, seterusnya menyebabkan kematian sel.
Secara semulajadi, sel-sel badan mempunyai jangka hayat tersendiri, dan proses kematian sel adalah penting untuk menggantikan sel-sel baru. Badan kita juga mempunyai sistem imunity sendiri untuk menentang radikal bebas. Namun, gaya hidup yang kurang sihat, pencemaran, merokok, alkohol, stress antara punca menyebabkan sistem imuniti badan tidak dapat menentang kehadiran radikal bebas yang merosakkan sel dan menyebabkan kematian sel lebih cepat dari sepatutnya.
Radikal bebas juga dipercayai merupakan antara punca penyebab kanser dan penyakit kronik lain sepert Alzheimer’s, Parkinson’s, diabetes, penyakit jantung dan lain-lain.
Di sinilah pentingnya antioksidan. Antioksidan menghalang molekul daripada teroksida dan menjadi radikal bebas yang merosakkan sel. Kurang radikal bebas = kurang kerosakan pada sel.